Siapa Izz Solution

Izz Solution adalah sebuah entiti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No. Pendaftaran (LA0027635-W). Beroperasi sejak 2018, dahulunya dikenali dengan nama Alfi Studio. Turut berdaftar dengan BizTrust serta mendapat kelulusan beroperasi daripada MITI.

Kami menyediakan perkhidmatan PC, laptop & Macbook di sekitar Shah Alam. Fokus kami di kawasan Taman Sri Muda, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Naga, Bukit Rimau, Bandar Putera, Taman Sentosa & sekitarnya. Turut menerima pelanggan dari USJ, Puchong & Klang. Kawasan sekitar Lembah Klang boleh dipertimbangkan dengan caj tambahan

Kami juga menyediakan servis IT lain seperti pembangunan aplikasi mudah alih & laman web serta rekabentuk grafik digital untuk tujuan bisnes atau apa jua acara.

Flow Kerja

langkah 1

Contact

Set janji temu, masa yang sesuai & lokasi anda untuk kami ke sana.

langkah 2

Pickup

Kami periksa keadaan laptop & cuba baiki dalam tempoh 24 jam.

langkah 3

Delivery

Anda terima laptop & buat pembayaran. Tiada caj dikenakan jika laptop tidak dapat dibaiki.

Dapatkan nasihat & konsultasi PERCUMA!